Besarkan Tulisan di Blog | Kecilkan Tulisan Di Blog

Playlist Lagu Pink

Tuesday 7 August 2012

Ramadhan menghampiri 10 terakhir..

Pergh... lama beno dah BaBaH meninggalkan penulisan blog.. adala dalam 2 minggu kot ;P (tah ye tah tak). bukan x nak menulis, tapi tak tahu apa yang nak dituliskan. nak tulis pasal ramadhan, berpuluh2 blog tulis dah . blog yang takat 5-6 orang je baca xkan nak tulis sisi post utk seribu orang baca kot?

tapi apa-apapun setakat ni objektif di dalam ramadhan berjaya, walaupun bermacam dugaan yang datang digagahi jua, lewat pun lewat la, asalkan buat dan istiqamah. untuk 10 malam terakhir ada objektif dan misi baru pula <3. sayangnya nak meninggalkan bulan ramadhan ni sebab rasanya dalam banyak2 bulan, bulan ramadhan nihla BaBaH 'rajin' sket nak gi masjid dan sembahyang jemaah berbanding bulan-bulan yang lain. harapnya dapat istiqamah sepanjang tahun lepas nih. moga diberi kekuatan. :b

Sedar x sedar semakin kita menghampiri penghujung ramadhan nih ada bende bende baru yang muncul dan ada bende bende yang semakin berkurangan. setiap tahun pun begitu kan? ^_^ ha tau ke ape bende baru yang muncul tu? haaa ape lagi kalau bukan mercun dan bunga api, tu dia makin nak hujung ramadhan, makin kuat bunyi mercun berkumandang mengalahkan laungan zikir selang solat terawih. o_O apa nak jadi dengan golongan muda zaman sekarang. zaman BaBaH dulu main gak mercun, tapi xdenye nak main kat surau, kitorang gi tengah-tengah padang gelap haa bakar kat situ. budak budak sekarang ni, depan tangga surau/masjid pun jadi nak main mercun. bukan nak pikir kot ada orang tua-tua yang ada high blood pressure sentitif terkejut dek bunyi mercun tu..dah sadaqallah kat situ gak, :s x ke naya? itu lah bende yg muncul di hujung2 ramadhan ni , nak cite bende yang makin berkurangan pulak adalah bilangan saf masa sembahyang isyak dan juga terawih, witir x yah cerita la..bagi je salam,toleh belakang saf belakang dah kosong.. lebih banyak kosong dari penuh.. padahal x masuk 10 malam terakhir ni.. ish ish ish..

so sama-sama la kita renungkan dan kita semak diri kita sendiri tang mana yang silapnya perkara perkara ini terjadi. mmungkina da asilap yang berpunca dari kita sendiri yang mendorong terjadinye perkara-peraka sedemikian.. smoga belen ramadhan yang tinggal dapat kita penuhi dengan ibadat berterusan.. aminn :b



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...