Besarkan Tulisan di Blog | Kecilkan Tulisan Di Blog

Playlist Lagu Pink

Thursday 7 February 2013

Bakat Terpendam yang unik (agaknye la kot)

 Entri kali nih nak menceritakan bakat.. bakat ape?bakat menyanyi? lagu apa? haaa... part nih la yang babah nak ceritakan..agak lawak dan agak pelik..mungkin juga agak angker bagi sesetengah orang yang mungkin mengatakan "ko dah takde keje lain ka nak wat?" :D

so babah nak cerita akan bakat babah yang sejak lahir sehingga kini masih lagi diamalkan dan diingati , xtau la apa pasal boleh ingat jugak walaupun dah brapa banyak semmut yg sudah ditelan.. mungkin ianya masuk dalam memori kekal ( hard disc) otak yg masuk dalam system registry otak ni.. tu pasal permanent je ingat..wahhaha

ok ok.. udah mengarut jauh nih.. so cerita pasal kebolehan dan bakat babah nih adalah babah berupaya ingat lagu lagu patriotik lama hak kat tv tu.. nih semua kesan penangan dok depan tv lama sangat time kecik2 dulu.. kesudahnye quran x jugak hafal.. iklan dan lagu tibi jugak la yg melekat dalam kepala ni.. nanti babah selitkan lagu lagu dan lirik lengkap (berdasarkan ingatan babah) time kecik2 dulu.. tah tah kalo gugel pun x jumpa punya lagu ni..wahahha

so antara lagu lagu yg babah masih ingat sehingga ke hari ini..
Lagu Sungai Tv2 / TV1


Sungai warisan pusaka
Menjadi hubungan mesra
Antara desa dan kota
Jasanya tiada terhingga kepada manusia

Mari kita berikrar
Bersama Pelihara alam sekitar
Sungai usah dicemar
Kebersihan bersama kita jagai

Saling bantu membantu
tingkat kesedaran menjaga persekitaran
Sungai indah satu wawasan
Untuk generasi depan...

Lagu IT

IT agenda baru negara
Malaysia melangkah ke cyberjaya
Teknologi hebat penyebar maklumat
Mencipta satu bangsa berjaya

IT budaya hidup kita
Kebanggaan baru dunia
Cintai pada IT
Sejahteralah diri..

Kenal IT
Sayang IT
Pelajari setiap hari
IT terkini

Owwwh IT
Suka IT
Tingkatkan ilmu IT
Malaysia Bistari...

 Cinta IT  Suka IT Sayang IT Guna IT ... IT

Lagu Kebersihan

Di desa atau di bandaraya, 
Kebersihan haruslah dijaga,
Udara yang nyaman, menyihatkan badan
Hidup aman dan gembira
Keindahan tasik, kehijauan taman
Menjaminkan kesihatan

Mari kita bekerjasama
Menjaga kebersihan
Walaupun dimana kita berada
Bersama menjayakan

Mari kita berkerjasama
Mencapai hasrat murni
Kebersihan keindahan
Jadikanlah amalan
Jadikanlah...amalan...

Lagu Tangan yang menggapai

Merenungi tubuh yang tak bermaya
Dan mengusapi wajah penuh duka
Malang yang menimpanya kini menghantui kita
Apalah dosa hingga kau didera

Ketika kau memerlukan kasih serta belaian
 Kau menjadi sasaran kezaliman
 Jeritan suara
Titisan air mata
Tiada siapa yang endah
Tangan yang mengapai Akhir layu terkulai
Seluruh harapannya berderai


Lagu Basuh tangan kebersihan


 Nak makan basuhlah tangan
Pilih gerai yang bersih
Hapuskan lalat kuman
Penyakit dapat disisih
Jadikan ini amalan
Hidup sentiasa cergas
Badan sihat otak cerdas
Buat apa pun pantas

Lagu Tv3 -  Kerana Dayamu..dunia kami cerah

Indahnya alam semesta
Unggas pepohon kelihatan nyata
Mak ayah seribu tahniahh
Kerana dayamu..
Dunia kami cerah

Mataku dah kau uji
Pada huruf E..
Dengan lebih terperinci

Mak Ayah..seribu tahniahhh
Kerana dayamu.. dunia kami cerah

Lagu Beras Faizah

Beras Faiza herba Ponni Taj Mahal
Sememangnya beras yang unik
Membesar tiga kali saiz asal
Sekali mencuba pasti tertarik

Dengan karbohidrat tanpa kanji
Pilihan terbaik lebih berkhasiat
Juga protein dan kalsium tinggi
Pastinya selera keluarga tertambat..

Faizaa....

 Lagu Pil Binari

Pil binari..pil binari
ubat khusus tuk wanita
Ubat kesihatan lansing tubuh badan
Memberi keyakinan
Pil Binari menceriakan kehidupan..
Sudah digunakan zaman berzaman....

Lagu Hari Warga Tua

Warga tua teras masyarakat
Hidup lama penuh jasa setia pada negara
Mendidik anak dan cucu
Ke arah matlamat kita

Lama sudah kau hidup teruji
Penuh ranjau dan rintangan untuk kemerdekaan
Kitalah pewarisnya Di dalam negara bertuah

Korban jiwa untuk keluarga
Masyarakat dan juga bangsa
Bagai obor dan pelita
Berkhidmat, berbakti, berjuang
Di mana jua berada

Wahai anak bunga bangsaku
Hargailah jasa ibumu
Patuhilah pesan ayah
Titah kasihnya di junjung
Di mana jua berada….

Lagu Bijak Sifir

Bijak bijak bijak sifir
4 darab 5 jawabnya 20
dalam belajar mestilah bersungguh
 2 darab 2 jawapnya 4
Didalam mengira mestilah tepat
4 darab 4 jawabnya 16
Didalam mengira mestilah cerdas
4 darab 2 jawabnya 8
Sentiasa bergerak maju ke kedepan

mari kawan kawan
kita menghayati
bijak bijak bijak sifir

Lagu patriotik - Kita tidak berpeluk tubuh

Kita tidak semestinya berpeluk tubuh
Kita tidak semestinya bergoyang kaki
Meskipun negara kita kaya raya
Meskipun negara kita aman merdeka

Untuk apa
Untuk siapa
Semuanya

janganlah hanya melatah
Kerajaan semua tak betul
tak pandai....

Lagu kuala lumpur oh kuala lumpur

Aku datang dari desa
hanya sebatang kara
Meninggalkan kampung tercinta
dan sanak-saudara
Setiba dikotaraya
kugiat berkerja
berlumba-lumba mengejarkan
apa yang dicita

Meskipun badai yang melanda
aku terus melangkah
mengharungi hidup kota
dengan sepotong doa
Agar penghidupan
lebih maju bermakna
cuba membela nasib agama, bangsa, negara

Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
menyinari hidupku
Kota yang penuh dengan cabaran
Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
menyinari hidupku
Kota yang penuh dengan harapan

:e :e :e :mj :mj :mj

1 comment:

NightShadow said...

https://youtu.be/EnhX7F-uPZo

Lagu sungai!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...