Besarkan Tulisan di Blog | Kecilkan Tulisan Di Blog

Playlist Lagu Pink

Showing posts with label informasi. Show all posts
Showing posts with label informasi. Show all posts

Tuesday, 24 July 2012

Buah Apa??

Haa.. Entri kali ini BaBaH nak share tentang satu buah yang terdapat ditepi rumah.. pokok buah ini dah berada sebelum BaBaH lahir lagi.. ( tah ye tak idak ) :P readers semua tau ke buah apa ni?

Meh nak pehabaq.. ni namanya buaah belimbing.. x caya? :o google sudaaa.. :r

nama penuhnya belimbing buluh a.k.a belimbing buluh la.. keh keh keh.. nama omputihnye cucumber tree...tah mana rupe yg sama ngan timun BaBaH pun xtau.. :P

Khasiat buah ni?? haaa.. meh BaBaH tepek info yg dapat dari blog bukitbemban.blogspot.com ni.

Belimbing buluh ni sebenarnya ada dua jenis; buah yang berwarna kuning dan hijau - keduanya rasa masam.( Its known as cucumber tree amongst westerners). Sedap dibuat masak lemak dengan udang atau pun tumbuk saja dengan sambal + udang kepal (utara). Yang dah kering tu di sebelah utara dibuat acar. Katanya orang kelate masukkan sebagai ramuan singgang.
Dalam kehidupan seharian, asam ini yang kaya dengan asid oksalik digunakan untuk menghilangkan kesan-kesan degil di tangan atau kesan karat di pakaian dan kadang-kadang digunakan jugak untuk mencuci barang-barang tembaga atau suasa.


Khasiat perubatannya banyak juga, antaranya ... :et


1) penawar batuk - daun, bunga serta buah belimbing buluh direbus,ditapis dan diminum 3 kali sehari.
2) daun belimbing buluh juga boleh digunakan untuk menghalau lalat. Tidak susah , ambil saja duan agak secekak, kibas saja beberapa kali di meja makan. Lalat tidak akan datang lagi kerana dipercayai bau daunnya tidak digemari lalat.
3) merawat darah tinggi. Minuman air rebusan daunnya
4) merawat penyakit kelamin
5) merawat radang dubur
6) daunnya yang ditumbuk boleh menghilangkan gatal-gatal, bengkak cantik, reumatik, dan bengkak-bengkak kulit, sakit gigitan serangga
7) daun digosok pada tumit/tapakkaki untuk menghilangkan sakit akibat memakai kasut tumit tinggi.
( Pantang: orang yang mempunyai penyakit angin medu tidak boleh makan buah ini) 



*angin medu = penyakit angin senggugut yang melampau - BaBaH pun baru tau :o


so enjoy la tgk gambar 2 belimbing di rumah BaBaH kat bawah ni.. <3




Wednesday, 18 July 2012

[INFO] Proton Persona Service Detail & Pricing (untuk Rujukan Sahaja)

Entri kali ni BaBaH nak sharing info pasal servis keta ni. hari nih boboy dah sampai 1000km milage. so nak kene gi servis sentre utk 1st servis... takoooott..
>.<

so kat bawah nih BaBaH nak sharekan jadual servis beserta harganya bagi readers-readers yang ada kerete jenama cap proton nih. especially kereta proton persona ni la.. check it out 8)

maafla kalo korang x paham english.. dapat info nih pun copy paste je dari blog orang..hehehe  :D

Service Details and Pricing for Proton Persona..

Here are details :
Proton provide free service labour charges on the first three services which occur on 1000km, 5000km & 10000km..

1000km, 5000km, & 10000km..
You will only need to change as following :
Semi Synthetic Engine Oil - RM99.00
Oil Filter - RM12.22
Oil Plug Gasket - RM3.32

Labour Charges - FREE

nak tau lanjut lagi? tekan la butang read more kat bawah tu yek? :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...