Besarkan Tulisan di Blog | Kecilkan Tulisan Di Blog

Playlist Lagu Pink

Showing posts with label luahan hati. Show all posts
Showing posts with label luahan hati. Show all posts

Tuesday, 7 August 2012

Ramadhan menghampiri 10 terakhir..

Pergh... lama beno dah BaBaH meninggalkan penulisan blog.. adala dalam 2 minggu kot ;P (tah ye tah tak). bukan x nak menulis, tapi tak tahu apa yang nak dituliskan. nak tulis pasal ramadhan, berpuluh2 blog tulis dah . blog yang takat 5-6 orang je baca xkan nak tulis sisi post utk seribu orang baca kot?

tapi apa-apapun setakat ni objektif di dalam ramadhan berjaya, walaupun bermacam dugaan yang datang digagahi jua, lewat pun lewat la, asalkan buat dan istiqamah. untuk 10 malam terakhir ada objektif dan misi baru pula <3. sayangnya nak meninggalkan bulan ramadhan ni sebab rasanya dalam banyak2 bulan, bulan ramadhan nihla BaBaH 'rajin' sket nak gi masjid dan sembahyang jemaah berbanding bulan-bulan yang lain. harapnya dapat istiqamah sepanjang tahun lepas nih. moga diberi kekuatan. :b

Sedar x sedar semakin kita menghampiri penghujung ramadhan nih ada bende bende baru yang muncul dan ada bende bende yang semakin berkurangan. setiap tahun pun begitu kan? ^_^ ha tau ke ape bende baru yang muncul tu? haaa ape lagi kalau bukan mercun dan bunga api, tu dia makin nak hujung ramadhan, makin kuat bunyi mercun berkumandang mengalahkan laungan zikir selang solat terawih. o_O apa nak jadi dengan golongan muda zaman sekarang. zaman BaBaH dulu main gak mercun, tapi xdenye nak main kat surau, kitorang gi tengah-tengah padang gelap haa bakar kat situ. budak budak sekarang ni, depan tangga surau/masjid pun jadi nak main mercun. bukan nak pikir kot ada orang tua-tua yang ada high blood pressure sentitif terkejut dek bunyi mercun tu..dah sadaqallah kat situ gak, :s x ke naya? itu lah bende yg muncul di hujung2 ramadhan ni , nak cite bende yang makin berkurangan pulak adalah bilangan saf masa sembahyang isyak dan juga terawih, witir x yah cerita la..bagi je salam,toleh belakang saf belakang dah kosong.. lebih banyak kosong dari penuh.. padahal x masuk 10 malam terakhir ni.. ish ish ish..

so sama-sama la kita renungkan dan kita semak diri kita sendiri tang mana yang silapnya perkara perkara ini terjadi. mmungkina da asilap yang berpunca dari kita sendiri yang mendorong terjadinye perkara-peraka sedemikian.. smoga belen ramadhan yang tinggal dapat kita penuhi dengan ibadat berterusan.. aminn :b



Wednesday, 4 July 2012

Laughter as the best medicine

Babah suka buat bubu ketawa, bila bubu ketawa babah boleh turut ketawa.. andai dengan  hanya ketawa dapat mengurangkan kesakitan bubu, akan babah cuba usahakan buat  lawak-lawak spastik/bodo/bangang bagi  membolehkan bubu melupakan kesakitan yang sedang dialami., Andai dengan hanya ketawa dapat menyembuhkan dan mengembalikan kesihatan bubu seperti insan biasa akan babah kumpul seluruh lawak sketsa jenaka humor dari segenap sumber untuk tujuan itu..

Moga hari hari yang kita lalui bersama dipenuhi dengan gelak ketawa yang akan menjadi memori indah dalam kehidupan kita bersama.



Wednesday, 13 June 2012

Hidupnya Seorang BaBaH

BaBah...gelaran yang isteriku panggil sejak aku bergelar suami.. dolu dolu time kenal tu awak-awak je.. dah tunang baru abang-abang.. lani jadi babah pula... jauh beno bunyinye kan??

so, the existence ( kewujudan) of babah dah menjangkau almost 3 years dengan pelbagai jenis intonasi panggilan oleh  BuBu a.k.a seorang yang bergelar isteri..

kalau time panggilan jarak jauh bubu  tu.... dia punya sebutan babah tu panjang sikit bunyinya ..macam ni.. Babaaaahhh... Babaaaaaaahhh!!.. panggillan jenis ni biasanya akan digunakan tatkala isteri terchenta memanggil babah yg berada di depan rumah untuk segera ke bahagian belakang rumah ( selalunya di dapur..)ataupun ketika babah terleka dok larit tgk tv or main game kat henpon..so kene cakap kuat sket barula babah ade respon..heheheh

kalau versi pendek panggilan jadinye ba saja.. dah macam jawi huruf 'ba' plak... tapi selalunya panggilan ba ni digunakan ketika si isteri ingin bermanja sebab selalunya digunakan ketika panggilan telefon, sewaktu isteri ingin meminta sesuatu, dan ketika ingin meminta pertolongan..so kalau panggil ba nih kira cepat sajala geraknye..kira manja manja gitu..hohoh

Time time geram ada nama panggilan yang agak panjang sket.. sebab selalunya kalau babah geram, babah akan memanggil bubu dengan panggilan bubusku anaksunamoon.. tah hape hape punya panggilan.. ini semua terjadi dek pengaruh tgk cerita "The Mummy" yang melampau menyebabkan nama kekasih imhotep iaitu anack'sunamun termasuk dalam nama panggilan bubu.. hohoh.. lantas bubu bertindak memberikanku juga nama gelaran panjang... babasko anaksupanto.. apekah?? dah macam nama jawa timur leste dah..

walau ape pun gelaran dan panggilan yang diberikan sesama pasangan..biarla panggilan itu dapat mengeratkan lagi kasih sayang, dan bukan menjadi titik perbalahan.. sesungguhnya bubu is the love of my life.. thanks bubu!!

Friday, 8 June 2012

Nikmat Sebuah Kehidupan

Dalam kita melayari kehidupan kita setiap hari, berapa kalikah kita merenung ke dalam diri kita sedalam dalamnya dan menghayati erti nikmat sebuah kehidupan?


tentunya kita biasa mengatakan hari nih sama sahaja seperti semalam...mencari rezki tiada henti ..awal bulan ada duit banyak lagi tengah bulan duit dah start tinggal separuh..hujung bulan  kira kira belen duit yang tinggal dan menghitung hari nak dapat duit semula awal bulan depannya..


Apakah kehidupan ini hanya dapat dipuaskan dengan duit semata-mata? memang tidak dapat dinafikan bukan semuanya boleh dibeli dengan duit, tapi duit juga la yang digunakan untuk membeli HAMPIR kesemua keperluan harian dalam meneruskan kehidupan. berapa hari dalam sebulan anda dapat menghabiskan hari anda tanpa mengeluarkan walau sesen pun? mmmg agak mustahil bukan?


Walau bagaimanapun, hidup perlu diteruskan, perancangan perlu diatur kerna dimasa depan kita tidak tahu apa yg akan berlaku, cuma persediaan menghadapi hari hari yang mendatang harapnye mencukupi bukan saja untuk aku, bahkan seisi keluargaku..

Monday, 28 May 2012

Design Blog

bukan senang nak design blog wooo.jenis berpikir ape la warna, apa la design nak buat nih.. pening woo kepala.. last last come up dengan design comey comey gini.. harapnye bubu suke la..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...