INSURANS
Apa itu Insurans?
Apabila
anda membeli polisi insurans dengan membayar premium kepada syarikat
insurans anda telah mengikat kontrak dengan syarikat insurans yang akan
berkewajiban membayar sejumlah wang yang telah dipersetujui apabila
berlaku sesuatu kemalangan atau kematian terhadap anda.
Apakah jenis-jenis insurans ?
Terdapat
berbagai-bagai jenis insurans untuk melindungi anda dari semua jenis
risiko seperti insurans nyawa, insurans kenderaan dan insurans
kebakaran.
Semua jenis insurans termasuk insurans motor bertujuan
menolong anda mengurangkan atau menampung kerugian kewangan akibat
berlakunya sesuatu kecelakaan. Oleh itu, sebuah polisi insurans
sebenarnya merupakan sesuatu kontrak di antara pihak syarikat insurans
dan pihak pengguna bahawa pampasan akan dibayar jika kecelakaan atau
kemalangan yang disebutkan di dalam polisi itu berlaku. Walau
bagaimanapun, pampasan hanya akan dibuat bergantung kepada premium yang
dibayar.
Insurans Nyawa
Tujuan
insurans nyawa ialah untuk memberi jaminan kewangan kepada anak-anak
dan tanggungan lain yang berada di bawah tanggungan pencari nafkah jika
beliau meninggal dunia. Insurans penggal memberi perlindungan insurans
untuk beberapa tahun yang ditetapkan (term). Jika pemegang polisi
meninggal dunia dalam tempoh itu, keluarga beliau akan mendapat jumlah
yang diinsuranskan. Tetapi jika pemegang polisi tidak meninggal dunia
dalam jangka masa yang ditetapkan itu, beliau tidak akan mendapat
apa-apa dari syarikat insurans berkenaan. Keistimewaan insurans penggal
adalah premium yang dibayar adalah lebih rendah berbanding dengan
insurans lain.
Untuk jenis insurans yang lain seperti insurans
endowmen, polisinya ialah untuk jangka waktu tertentu. Pemegang polisi
akan menerima jumlah yang diinsuranskan pada akhir tempoh yang
ditetapkan.
Walau bagaimanapun, sekiranya pemegang polisi
meninggal dunia sebelum tempoh yang ditetapkan, keluarganya berhak
menerima bayaran daripada polisi tersebut. Bagi polisi insurans nyawa
seumur hidup, pemegang polisi membayar premium untuk seumur hidup.
Apabila pernegang polisi meninggal dunia, keluarga beliau akan menerima
kesemua jumlah wang yang diinsuranskan. Jika pemegang polisi
menyerahkan polisi beliau selepas 20 atau 30 tahun, sebelum kematiannya
seperti yang dinyatakan di dalam polisi, beliau akan mendapat balik
sejumlah wang yang tertentu - iaitu jumlah yang beliau telah bayar
campur dengan sebahagian dari keuntungan pelaburan kumpulan wang
insurans berkenaan.
Jenis insurans yang akan memberi faedah adalah satu polisi yang dapat memberi perlindungan maksimum dengan kos yang minimum.
Untuk maklumat lanjut tentang insurans hubungi :
1. Persatuan Insurans Am Malaysia
Tingkat 3, Wisma PIAM
150 Jalan Tun Sambanthan
50470 Kuala Lumpur
2. Persatuan Insurans Nyawa Malaysia
49, Jalan Kampung Pandan
55100 Kuala Lumpur.
Panduan Untulk Membeli Insurans
- Pastikan ejen insurans anda berdaftar dengan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM).
- Bacalah
polisi insurans daripada ejen anda tentang syarat-syarat yang
terkandung di dalam polisi dan semak penjelasan itu dengan PIAM atau
rakan-rakan yang mungkin telah mengambil polisi yang sama.
- Pastikan semua faedah yang akan diperolehi dinyatakan dengan jelas dalam perjanjian.
Insurans Motor
Perlindungan insurans motor ialah satu kemestian bagi semua kenderaan yang digunakan di jalanraya.
la
adalah untuk menjamin supaya pemandu-pemandu dilindungi daripada
liabiliti (tangungan) yang mungkin wujud jika berlaku sesuatu
kemalangan. Jenis insurans kenderaan yang biasa ialah Polisi Pihak
Ketiga dan Polisi Komprehensif. Perlindungan lain bolehlah diperolehi
mengikut pilihan pemegang polisi.
Apa itu Polisi pihak ketiga (third party)/polisi komprehensif?
Polisi
pihak ketiga /(Third Party Policy) - jika anda memandu kereta dan
melanggar kereta milik B, di bawah insurans pihak ketiga, syarikat
insurans anda hanya akan bertanggungjawab untuk membayar pampasan
terhadap kecederaan, kematian pemandu atau penumpang kereta B dan juga
kepada kereta B sahaja.
Polisi Komprehensif
Jika
perkara yang sama berlaku dan anda memegang polisi insurans
komprehensif, anda adalah dilindungi daripada liabiliti yang wujud
akibat kematian atau kecederaan anggota badan pemandu atau penumpang dan
kereta B serta kerosakan yang berlaku ke atas kereta anda. Syarikat
insurans juga akan membayar gantirugi kepada anda sekiranya kereta anda
hilang, dicuri ataupun musnah akibat kebakaran.
Apa yang patut anda lakukan semasa mengisi Borang Cadangan?
Semasa
mengisi Borang Cadangan, anda mestilah menyatakan segala fakta
material yang dikehendaki setakat yang anda ketahui. Fakta-fakta
material ini akan mempengaruhi syarikat insurans sama ada akan menerima
atau menolak cadangan anda ataupun mengenakan bayaran tambahan. Di
dalam Insurans Kehidupan atau Nyawa, fakta-fakta mengenai kesihatan dan
pekerjaan anda merupakan fakta material.
Bagi insurans motor
pula, rekod kemalangan, pengubahsuaian yang dilakukan ke atas
kenderaan, umur kenderaan serta umur, pengalaman dan pekerjaan pemilik
kenderaan adalah fakta material.
Apa yang terjadi jika ejen insurans melakukan kesilapan atau mengisi maklumat yang tidak benar?
Sekalipun
perkara ini berlaku bukan disebabkan kesilapan anda, Syarikat Insurans
boleh menolak kontrak. Oleh yang demikian, anda hendaklah sentiasa
membaca apa yang ditulis atau diisi secara teliti sebelum
menandatangani borang cadangan insurans motor.
Apa dia Nota Lindungan (Cover Note)?
Setelah anda membayar premium, ejen akan mengeluarkan nota perlindungan
(covernote) sebagai
perlindungan sementara sebelum syarikat insurans memutuskan sama ada
untuk membatalkan atau menerima cadangan anda. la akan tamat sama ada
selepas tarikh tamat nota berkenaan atau apabila cadangan anda ditolak
atau bila polisi dikeluarkan oleh syarikat insurans.
Pastikan
anda mendapat satu salinan nota perlindungan yang dilengkapi dengan
segala keterangan mengenai perlindungan insurans motor seperti jumlah
diinsuranskan, premium, ekses dan tempoh perlindungan selepas membayar
premium kepada ejen insurans.
Sila hubungi syarikat insurans anda sekiranya anda tidak menerima polisi insurans selepas 30 hari.
Apa yang patut anda lakukan sernasa mernpertimbangkan untulk membeli polisi?
1 . Sentiasa membaca dan memahami terma-terma dan syarat-syarat polisi.
2.
Jangan membeli polisi insurans hanya kerana desakan dari ejen
insurans. Lakukan hanya apabila anda sudah mengetahui apakah sebenarnya
polisi berkenaan dan jika anda memerlukannya. Walau bagaimanapun, di
bawah undang-undang, anda perlu memiliki insurans kenderaan bermotor.
3. Apabila anda sudah memiliki polisi tertentu anda mestilah sentiasa menepati bayaran premium yang ditentukan.
4.
Jika anda mengambil terlalu banyak polisi, syarikat insurans mungkin
akan meraguinya dan mungkin akan membatalkan polisi anda.
Apa yang perlu anda lakukan sekiranya anda ditimpa kemalangan
Buat laporan kepada pihak polis dalam masa 24 jam mengenai kemalangan berkenaan.
Maklumkan
syarikat insurans anda secara bertulis dengan secepat mungkin segala
butir-butir mengenai kerosakan ataupun kehilangan yang berlaku
denganmenyertakan laporan polis. Tempoh masa yang munasabah untuk
melaporkan kepada syarikat insurans adalah 14 hari. Walau bagimanapun,
untuk kes-kes yang melibatkan kecederaan anggota badan, di mana
pemegang polisi dimasukkan ke hospital akibat kemalangan, mereka
hendaklah melaporkan kepada syarikat insurans sebaik sahaja berupaya
untuk berbuat demikian. Jika ada kes, pihak lain mendakwa anda dan anda
menerima saman ke Mahkamah, jangan sekali-kali mengaku salah tetapi
maklumkan perkara ini kepada syarikat insurans anda. Jika anda tidak
berbuat demikian, syarikat insurans mungkin tidak akan bertanggungjawab
mempertahankan kepentingan anda apabila ada tuntutan terhadap anda atau
tuntutan ke atas kerosakan kenderaan orang lain.
Perkara Yang Perlu Diingat
Adakah
anda memiliki polisi insurans kenderaan bermotor atau polisi insurans
nyawa? Sudahkah anda membaca terma dan syarat-syarat polisi berkenaan?
Adakah anda mengetahui bahawa anda terikat kepada berbagai terma dan
syarat?
Dipetik daripada :
Panduan Pengguna (Edisi Kedua), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Kuala Lumpur, 1999.