Besarkan Tulisan di Blog | Kecilkan Tulisan Di Blog

Playlist Lagu Pink

Friday, 8 June 2012

Nikmat Sebuah Kehidupan

Dalam kita melayari kehidupan kita setiap hari, berapa kalikah kita merenung ke dalam diri kita sedalam dalamnya dan menghayati erti nikmat sebuah kehidupan?


tentunya kita biasa mengatakan hari nih sama sahaja seperti semalam...mencari rezki tiada henti ..awal bulan ada duit banyak lagi tengah bulan duit dah start tinggal separuh..hujung bulan  kira kira belen duit yang tinggal dan menghitung hari nak dapat duit semula awal bulan depannya..


Apakah kehidupan ini hanya dapat dipuaskan dengan duit semata-mata? memang tidak dapat dinafikan bukan semuanya boleh dibeli dengan duit, tapi duit juga la yang digunakan untuk membeli HAMPIR kesemua keperluan harian dalam meneruskan kehidupan. berapa hari dalam sebulan anda dapat menghabiskan hari anda tanpa mengeluarkan walau sesen pun? mmmg agak mustahil bukan?


Walau bagaimanapun, hidup perlu diteruskan, perancangan perlu diatur kerna dimasa depan kita tidak tahu apa yg akan berlaku, cuma persediaan menghadapi hari hari yang mendatang harapnye mencukupi bukan saja untuk aku, bahkan seisi keluargaku..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...